FREE POSTAGE for order above RM150 (WM), RM250 (EM) | Get 10% OFF with min. purchase of RM80 when you sign up. Use code : SKINHOLICFAM
icon-search
icon-search

KENAPA BILA APPLY SKINCARE PRODUCT ADA RASA BURNING/STINGING SENSATION?

Pernah tak korang tengah syok-syok tepek skincare kat muka pastu tetibe rasa bahang atau pedih? Tak kesah lah rasa tak selesa tu kat seluruh muka atau pun kat certain area, yang penting keadaan ini adalah TIDAK NORMAL. Walaubagaimanapun, tak semestinya ia berpunca dari produk 100%, boleh jadi berpunca dari keadaan kulit kita ketika itu.

So camne nak tahu rasa burning/stinging sensation berpunca dari produk yang kita pakai atau kulit kita yang tengah problem?

First of all, korang kena pastikan sama ada situasi rasa tak selesa yang disebabkan oleh burning/stinging sensation ni mengikut situasi yang camne. Ada 2 jenis situasi :

SITUASI 1 : Rasa burning/stinging EVERY SINGLE TIME guna produk tersebut

Untuk situasi pertama ni, kemungkinan besar terjadi kerana produk tersebut mengandungi sensitizing/irritant ingredients contoh macam denatured/SD alcohol, menthol/peppermint,fragrance, etc. Kalau kulit korang sensitive dengan mana-mana ingredients tu tadi, sila elakkan dari menggunakan produk yang mengandungi bahan tersebut sebab akan buat kulit korang rasa pedih/panas. ATAU boleh jadi jugak produk yang buat kulit korang rasa burning/stinging sensation tu mengandungi bahan yang tak sesuai dengan kulit korang.

Kalau produk tersebut jenis acid/actives, rasa pedih atau panas tu berkemungkinan disebabkan oleh kandungan konsentrasi bahan aktif yang tinggi. Bahan seperti Ascorbic Acid, AHA, BHA, dan Retinol boleh menyebabkan ketidakselesaan pada kulit jika kulit korang tak boleh tolerate dengan peratusan kandungan bahan aktif tersebut atau tak sesuai dengan formulasi produk tu. So, solusinya adalah korang boleh cuba untuk pakai acid/actives tersebut selepas hydrating toner untuk kurangkan rasa stinging tu atau pilih produk yang mengandungi peratus konsentrasi yang lebih rendah atau jenis acid yang lebih mild.

SITUASI 2 : Kadang guna produk tu okay je, takde rasa pape. Kadang guna produk yang sama tapi ada rasa burning/stinging sensation

Untuk situasi kedua ni pulak, selalunya bukan berpunca dari produk tu sendiri tapi kemungkinan disebabkan oleh masalah skin barrier. Bila skin barrier terganggu, kadang-kadang kita apply pape produk pun boleh jadi rasa pedih/panas sebab skin barrier yang lemah membuatkan kulit jadi extra sensitive Walaupun sebelum ni korang guna produk yang sama okay je. So, apa yang korang kena buat adalah stop guna sementara produk tersebut dan repair balik your skin barrier then try balik that particular product.

Selain itu, kombinasi produk/product layering yang tak sesuai pun boleh menyebabkan rasa pedih/panas. Contoh macam korang apply produk A + produk B rasa pedih/panas. Tapi bila apply produk B atau produk A semata atau apply produk A + produk C atau produk B + produk C, takde pulak rasa pedih/panas. Ha gitu.



Older post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.