FREE POSTAGE for order above RM150 (WM), RM250 (EM)
icon-search
icon-search

How to find the right product for your skin?

Nak cari skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit ni bukan senang terutamanya untuk acne-prone skin atau reactive skin. Kalau tersilap pilih, boleh bagi negative effect pada kulit seperti breakout, iritasi dan sebagainya.

So, ada beberapa steps yang korang boleh ikut untuk mengurangkan risiko tersalah pilih produk dan sekaligus membantu untuk korang lebih mengenali kulit korang dan produk yang korang pakai.

know-your-skin-type-normal-dry-oily-sensitive-or-combination.jpg

1. KNOW YOUR SKIN TYPE AND SKIN CONCERN

Sebelum korang decide untuk beli apa-apa skincare yang baru atau bercadang nak build skincare routine, first of all korang mesti lah kena tahu apa jenis kulit dan masalah yang korang nak selesaikan.

Skin type : Normal/Oily/Dry/Combination

Skin concern : Aging/Dehydrated/Pores/Scars/Acne

Macam mana nak tahu? Itu adalah tugas korang untuk perhatikan keadaan kulit korang tu camne. Untuk skin type, korang boleh try SKIN TYPE QUIZ yang syiro sediakan ni. Kuiz ni takde lah 100% tepat but at least korang boleh dapat lah rough idea tu.

onlinereview_849x399_21600.jpg

2. PRODUCT RESEARCH

Kalau korang takde idea langsung produk apa yang korang nak beli, cuba taip je kat google, "Produk terbaik untuk kulit berjerawat" atau "Recommended sunscreen for oily skin". Ni contoh je! At least, nanti korang dah ada idea lah produk camne yang nak dibeli.

The best way adalah untuk follow mana-mana beauty/skincare account kat social media dan join group skincare kat FB supaya korang boleh baca review dari pengguna-pengguna yang sebenar dan sedikit sebanyak membantu untuk korang pilih produk yang berpotensi untuk kulit korang.

Bila dah dapat idea atau tertarik dengan beberapa produk yang korang rasa maybe sesuai dengan kulit korang, search review kat google pulak untuk bahan bacaan tambahan tentang experience orang-orang lain pulak. Kalau boleh cari lah review dari orang yang mempunyai skin type/condition yang sama dengan korang.

skincare-shopping.jpg

3. CHECK THE INGREDIENTS

Step yang ni penting ye supaya korang aware dengan bahan apa yang korang bakal nak apply kat kulit korang tu. Ini juga bertujuan supaya korang boleh pantau bahan yang mana satu berkesan atau tak sesuai dengan kulit korang untuk future reference.

Ini adalah salah satu usaha untuk mengelakkan reaksi yang tak diingini seperti allergies, irritations and inflammations. Boleh check ingredients list dekat website seperti https://incidecoder.com/ atau https://www.skincarisma.com/ .

MAKEUP-SHOPPING-BLOG.jpg

4. BUY AND TRY IT YOURSELF

The truth is korang takkan tahu produk tu betul-betul sesuai dengan kulit korang atau tak selagi korang tak try sendiri produk tersebut. Syiro sarankan untuk korang sentiasa survey harga kat platform/seller yang berlainan sebab kadang harga diorang memang sangat berbeza.

Bila dah beli, jangan lupa buat patch test kat jaw area atau mana-mana area yang paling reactive/sensitive beberapa hari sebelum korang apply seluruh muka. Kalau taknak buat patch test (at your own risk), try observe reaksi kulit korang bila guna produk tu dalam masa 2 minggu camtu.

Good luck!



Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.