• FREE SHIPPING for purchase above RM150 (West Malaysia only) Shop Now!
icon-search
icon-search

PATCH TEST 101

PATCH TEST 101

Ramai sangat orang yang bila naik macam macam kat muka tak tau produk mana satu yang punca. Bila tanya ada pakai produk baru tak? Ada tapi duk pakai 3-4 benda sekaligus so taktau mana yang tak sesuai.

This is a BIG NO.

Kalau kulit jenis yang senang naik jerawat atau senang irritate or sensitive skin, before try apa apa produk baru wajib buat PATCH TEST. Try dan add on produk baru dalam routine satu persatu, jangan gelojoh.

Kena rest muka ke bila nak tukar product? TAK PAYAH. Rules dia, try one by one & buat patch test. Tu je.


KENAPA PERLU PATCH TEST?

Ini adalah salah satu cara untuk kita tahu sama ada produk yang kita baru nak pakai tu sesuai atau tidak dengan kulit. In case, kalau tak sesuai contoh macam ada allergies ke, jadi pedih-pedih atau naik jerawat, sekurang-kurang nya reaksi negatif tu berlaku kat area yang kecil sahaja. So boleh dikawal dan dapat dirawat dengan lebih cepat.


AREA MANA NAK KENA BUAT PATCH TEST?

To see if you're allergy

Apply product yang korang nak test tu kat area yang sensitive, contoh macam belakang telinga, area bawah telinga atau area rahang.

Kalau ada ingredients yang korang allergy dalam produk tersebut, most probably dalam masa 24 jam area yang korang apply produk tu tadi akan mula menunjukkan negative reaction seperti rashes, gatal-gatal atau merah-merah.

To check for irritation

Apply product yang korang nak test tu kat area yang cepat bagi reaction contoh tepi hidung atau pipi. Try sebelah je dah cukup, tak perlu apply both side.

Apply kat tempat yang sama selama 2-3 hari dan perhatikan reaksi kulit korang camne. Kalau rasa pedih ke, merah-merah ke, atau menggelupas ke apa, makna nya tak sesuai lah tu.

To check for clogs/acne

Kalau nak check sama ada that particular product berpotensi untuk menyebabkan breakout atau tak, apply kat area yang ada large pores atau yang selalu naik jerawat, contoh pipi, dagu atau dahi.

Apply kat tempat yang sama untuk 3 hari dan perhatikan reaksi kulit you camne. So, kalau memang tak sesuai at least breakout tu kat area yang you test tadi tu je, bukan seluruh muka.


BANYAK MANA NAK APPLY?

Tak sikit sangat, tak banyak sangat. Agak-agak cukup lah untuk nampak kalau ada something wrong but still dalam size yang masih mampu untuk di cover. Time fasa patch test ni, korang boleh je proceed dengan routine yang korang dah memang sedia ada dengan produk lama korang tu macam biasa. Tak perlu nak stop produk lama yang lain semata-mata nak bagi laluan untuk proses patch test ni.


BERAPA LAMA NAK KENA BUAT?

Bergantung pada kulit masing-masing sebab reaksi kulit kita semua tak sama. Ada orang dalam masa 24 jam dah boleh nampak kalau-kalau ada negative effect, ada setengah orang makan masa sikit. So, at least try buat patch test tu dalam 3-7 hari camtu.

Apply product tu kat area yang sama setiap hari dan perhatikan ada tak benda-benda pelik yang muncul kat kulit korang. Pastikan korang buat patch test ni satu persatu tau.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping